Saturday, June 4, 2011

PENGALAMAN BERSALIN ANAK KE LIMA.

Alhamdullilah bersyukur atas apa yang Allah telah kurniakan kepadaku dan keluargaku. Pada tanggal 18 Mei 2011, iaitu hari due ku bersalin anak ke lima. Aku telah mendaftarkan diri di Hospital Ampang wad 4D. Doktor O n G menyatakan pada 19hb esoknya aku akan diinduced dengan memasukkan ubat.  Pada 18hb aku tidak merasa kesakitan cuma biasa2 saja. Pada 19hb pukul 7 am aku dimasukkan ubat dan pada pukul 11 am diperiksa dan baru bukaan 1cm. Pukul 3pm aku dimasukkan ubat sekali lagi dan diperiksa bukaan telah 3 cm. Aku disuruh menukar baju dan akan ditolak ke Labour room. Dalam pukul 4.00 pm aku ditolak ke sana dan disuruh baring dikatil. Masa itu berdebar kerana sakit nak bersalin masih belum ada. Tambahan pula alat dalam bilik untuk memeriksa ECG telah rosak dan tak dapat monitor pernafasan bayi. Hubby disebelah. Dalam pukul 5 baru aku merasa kesakitan untuk meneran dan Dr telah mengukur dan membiarkan aku meneran jika rasa ingin berbuat begitu. Aku mencuba dan baby ke telah keluar dan tiba2 aku seperti tak bertenaga dan terhenti dan semua disitu telah memaksa aku kerana dikhabarkan ketika itu bahu bayi tersangkut. Aku kekejangan dan terus meneran dan pukul 5.49pm bayiku seberat 3.69kg telah dilahirkan. Bayi yang tidak menangis ketika itu diletak atas dadaku dan terus diambil untuk proses lain. Seketika baru kedengaran bayi menangis. Hubby kerisauan kerana baby tidak menangis. Tetapi setelah Dr memeriksa semua dan bayi menangis dan bahu tidak apa2 maka ia pun AZAN ke telingan bayi.


Betullah kata orang pengalaman bersalin memang berbeza bagi anak2 yang dilahirkan. kali ini akau terasa sangat berdebar kerana aku dipaksa untuk sakit dan melahirkan. Biasanya aku sakit sendiri. Setelah semuanya selesai aku dimasuk ke wad 4C. Dan keesokkannya 20hb aku dibenar pulang. Syukur.