Monday, March 19, 2012

SANDARAN HATI

Haha, tahjuk kat atas tu ada kakitan ke dengan apa yang hendak aku coretkan ni? Hidup rasa resah dan gelisah. Tidak berkeyakinan jadi hati perlu diputkan kepada seseorang betul tak? Aha,,, suamilah tempat sandaran hati dan meluahkan apa yang terhiris di hati.  Ammar permata bongsuku  menjadi kesayangan kakak-kakak dan abangnya tapi abang adik aiya suka kacau baby ma

Thursday, March 1, 2012

Doa Kemudahan Semua Urusan

Manusia ni memang mudah lupa kan? Bila senang kita kurang memohon padaNya tapi bila kita kesusahan Allah jua tempat kita memohon. Itulah yang selalu terjadi pada aku. Bilalah aku ni nak berubah. Sentiasa mengingati Allah ketika susah dan bila  senang sikit mula la kurang meminta .Pada hal Allah sentiasa ingin membantu hambanya yang sering memohon.  Oleh itu berusahalah untuk menjadi hamba Allah yang di sentiasa dilindungi, insyaallah. Mulai hari ini aku nak memohon pada Allah supaya memudahkan segala urusan ku sentiap hari. Tak perlu masan bila aku susah atau senang. Mesti baca tau.

Ayat al Kahfi, ayat 10": Wahai tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)"

Monday, February 20, 2012

Suara Hati

Hari ni aku nak berceloteh tentan hati dan perasaan yang sentiasa gusar sejak 2, 3 hari ini dan ternyata kegusaran ini disebabkan perkara yang tidak diingini berlaku dalam hidupku. Tak tahu kenapa saat meniti perjalanan hidup bertemu jua dengan kegusaran hidup dalam mencari rezeki. Semoga Allah permudahkan semua urusan perjalanan hidupku dan sahabat-sahabatku. Amin.

Friday, November 25, 2011

TAHNIAH ADIK YASMIN HUMAIRA

Pada 19hb Nov. 2011 Sekolah Islam Al Iman telah selesai dilaksanakan. Alhamdulillah Humaira berjaya mendapat no. 1 dalam kelas tapi markah dengan no. 2 dan 3 amat dekat. So adik kena lebih struggle tau. Jangan ketinggalan pula kat belakang. Buat  yang terbaik Insyaallah.

Tuesday, November 22, 2011

TAHNIAH HARIMAU MUDA

Alhamdulillah, kita dapat mengecapi kemenangan lagi buat kali ini alaupun tipis tapi harimau tetap mengaum di bumi Garuda.

Monday, November 21, 2011

ALAHAI BIBIK.....

Nak kata apa ya. Stress sangat dalam minggu2 dan bulan ini. Apabila aku berusaha untuk mendapatkan engkau kat pejabat Imigresen kau pulak wat hal. Kalau ku tahu kau ni jenis nak kerja main2 , baik imigresen hantar saja kau balik Indon hari tu juga. Saja nak melepaskan geram ni. Tak pelah. Hari ini Allah memberi ujian kepadaku supaya aku bersabar menempuh kesusahan ini. Mana tau mungkin aku akan lebih berbahagia buat masa akan datang. Semuanya ketentuan mu Ya Allah.

Tuesday, November 15, 2011

CARA-CARA PENGAMBILAN PEMBANTU RUMAH ASING WARGA INDONESIA

Hari ni aku nak bercerita bagaimana nak mengambil pekerja Indonesia sebagai Pembantu rumah. Semuanya berdasarkan pengalaman semata2. Jika apa yang aku ceritakan ini tidak sama, itu lah ceritaku.
Kali ini adalah kali ke 3 aku mengambil pembantu rumah.  Semuanya berakhir setelah tamat tempoh.

1. Pembantu rumah 1 - Mula2 aku ambil pekerja PR(pembantu rumah) ni bila aku dapat anak 3. Bila calculate balik, ting tong lagi senang ada pembantu. Tak kenal sapa2, jadi aku amek melalui agen. Masa tu tahun 2006 bayaran kepada agen RM5500. Gaji PR RM400. Masa tu seronok la boleh pilih mana nak. Alhamdulillah pilih yang berusia 40 tahun. Pertama kali datang Malaysia tetapi kerja memang tip top. Bila aku diberi semua dokumen oleh agen ingatkan semuanya sudah selesai tapi itu hanyalah passport pelancong tak ada calling visa. Fomema pun aku buat dan aku menunggu sticker daripada agen. Sebab aku ni tak da pengalaman PR  dan bila call agen dah pindah pejabat dan tak boleh dihubungi.  Masa bibik wasilah nak balik, mujur ada sedaranya di sini dan dia boleh balik secara legal tapi kena bayaran RM1800. Aku bayarkan sebab aku sayang kat dia dan kesian kat dia. Dia bagus. Sedih masa pi hantar kat airport masa itu.

2. Pembantu rumah 2 - Amek melalui makciknya di sini urusan dibuat oleh mereka sendiri di Indonesia. Passport dan medical checkup diuruskan mereka sendiri. Mula2 bayar RM1,600 untuk urusan di Indonesia. Tiket RM1,000 pula diberi. Gaji RM450. Semua urusan dengan Imigresen Malaysia diuruskan sendiri oleh aku dan suami. Pengalaman pertama pasal permit, jadi aku buat cepat2 serta fomema untuk tahun 1 diuruskan segera. Alhamdullilah boleh juga la. Umur 21 th. Pengalaman kerja tak ada. Anak 4 dah masa tu. Tapi aku melatih seadanya secara perlahan-lahan. Bila tahun 2 aku uruskan bayaran levi da fomema juga. Sebelum tu nak bagitau bahawa aku kena denda oleh imigresen RM250 sebab tak declare bibik pertama balik. Bibik ni pun dah pandai buat kek dengan arahan daripada aku. Akhirnya dia balik tapi ini biasa je tak sedih sangat. Semua peraturan diikuti dan dia pulang dengan selamat.

3. Pembantu Rumah 3 - Ini baru je amek dengan cara yang sama ngan PR 2 tapi alahai mereka bagi umur muda 19 tahun lebih. Dah kena tahan kat Imigresen. Aku kena bayar RM 41 pi ambil kat dalam pejabat imigresen. Kena sound tapi biasa la bukan salah aku orang yang cari tu bagi umur cam tu. Aku cuba nak merayu ni. Dapat tak? Kalau bab kerja zero. Akulahlah PR sebenarnya. Dia hanya pengasuh sahaja sebab anak aku dah lima la.  Gaji banyak gak la RM500. Tak boleh nilai lagi sebab baru lagi. Kita tunggu sampai dia habis baru boleh nilai.

Aku harap Allah permudahkan urusan ku.  Berzikrlah Yaa Fattaah sebanyak 70 kali.