Friday, April 29, 2011

Doa selamat dan kesyukuran

Memang aku berniat untuk mengadakan bacaan yassin dan doa selamat kat rumah sebelum aku deliver. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun jemputan tak ramai hanya di kalangan anak-anak buah tempat ku bekerja dan beberapa kenalan kerja. Terim kasih buat semua anak buahku kerana memberi sokongan dengan hadir di majlis ini. Syukur semuanya berjalan seperti dirancang walaupun jemputan yang lain tak datang. Tak mengapa lah.  harapanku semoga kami semua berada dalam kesejahteraan.

Menu untuk hari ni nasi dagang, ayam, ikan, udang, kek dan puding.