Tuesday, November 15, 2011

CARA-CARA PENGAMBILAN PEMBANTU RUMAH ASING WARGA INDONESIA

Hari ni aku nak bercerita bagaimana nak mengambil pekerja Indonesia sebagai Pembantu rumah. Semuanya berdasarkan pengalaman semata2. Jika apa yang aku ceritakan ini tidak sama, itu lah ceritaku.
Kali ini adalah kali ke 3 aku mengambil pembantu rumah.  Semuanya berakhir setelah tamat tempoh.

1. Pembantu rumah 1 - Mula2 aku ambil pekerja PR(pembantu rumah) ni bila aku dapat anak 3. Bila calculate balik, ting tong lagi senang ada pembantu. Tak kenal sapa2, jadi aku amek melalui agen. Masa tu tahun 2006 bayaran kepada agen RM5500. Gaji PR RM400. Masa tu seronok la boleh pilih mana nak. Alhamdulillah pilih yang berusia 40 tahun. Pertama kali datang Malaysia tetapi kerja memang tip top. Bila aku diberi semua dokumen oleh agen ingatkan semuanya sudah selesai tapi itu hanyalah passport pelancong tak ada calling visa. Fomema pun aku buat dan aku menunggu sticker daripada agen. Sebab aku ni tak da pengalaman PR  dan bila call agen dah pindah pejabat dan tak boleh dihubungi.  Masa bibik wasilah nak balik, mujur ada sedaranya di sini dan dia boleh balik secara legal tapi kena bayaran RM1800. Aku bayarkan sebab aku sayang kat dia dan kesian kat dia. Dia bagus. Sedih masa pi hantar kat airport masa itu.

2. Pembantu rumah 2 - Amek melalui makciknya di sini urusan dibuat oleh mereka sendiri di Indonesia. Passport dan medical checkup diuruskan mereka sendiri. Mula2 bayar RM1,600 untuk urusan di Indonesia. Tiket RM1,000 pula diberi. Gaji RM450. Semua urusan dengan Imigresen Malaysia diuruskan sendiri oleh aku dan suami. Pengalaman pertama pasal permit, jadi aku buat cepat2 serta fomema untuk tahun 1 diuruskan segera. Alhamdullilah boleh juga la. Umur 21 th. Pengalaman kerja tak ada. Anak 4 dah masa tu. Tapi aku melatih seadanya secara perlahan-lahan. Bila tahun 2 aku uruskan bayaran levi da fomema juga. Sebelum tu nak bagitau bahawa aku kena denda oleh imigresen RM250 sebab tak declare bibik pertama balik. Bibik ni pun dah pandai buat kek dengan arahan daripada aku. Akhirnya dia balik tapi ini biasa je tak sedih sangat. Semua peraturan diikuti dan dia pulang dengan selamat.

3. Pembantu Rumah 3 - Ini baru je amek dengan cara yang sama ngan PR 2 tapi alahai mereka bagi umur muda 19 tahun lebih. Dah kena tahan kat Imigresen. Aku kena bayar RM 41 pi ambil kat dalam pejabat imigresen. Kena sound tapi biasa la bukan salah aku orang yang cari tu bagi umur cam tu. Aku cuba nak merayu ni. Dapat tak? Kalau bab kerja zero. Akulahlah PR sebenarnya. Dia hanya pengasuh sahaja sebab anak aku dah lima la.  Gaji banyak gak la RM500. Tak boleh nilai lagi sebab baru lagi. Kita tunggu sampai dia habis baru boleh nilai.

Aku harap Allah permudahkan urusan ku.  Berzikrlah Yaa Fattaah sebanyak 70 kali.