Friday, September 2, 2011

EID 2011

Salam Aidil Fitri buat semua. Tahun  ini lebaran ku dilengkapi dengan seorang lagi ahli iaitu Muhammad AmmarNaufal. Tahu ini juga aku dan keluarga tidak pulang beraya di kampung kerana en hubby kena bekerja. Walaupun tak balik tahun persiapan raya yang dibuat oleh en hubby sangat meriah. Rasanya dah lama kami tidak bertukar  langsir, tapi tahun ini sebabkan beraya di rumah sendiri dapatla persiapan raya dibuat. Anak-anak yang semakin membesar juga dapat menghargai raya di rumah sendiri.





Pagi raya, aku buat nasi dagang, nasi impit, kuah kacang dan rendang ayam. 3 kilo nasi dagang raya pertama alhamdulillah, habis. raya ke dua ada kawan2 en hubby nak datang so kukus lagi 2 kg. Walau di mana kita beraya, seronok dapat bersama2 satu keluarga kan. Juadah di hari raya.