Thursday, February 17, 2011

Chicken Pox

Hai lama betul aku tak membuka blog ni. Teringin nak buat blog tapi tak pulak ada kesempatan nak update. Alangkah bahagianya jika selalu mempunyai idea-idea untuk dikongsi bersama-sama orang yang sudi membaca blog aku ini.

Hari ni aku cuba untuk mencari punca sebenar chicken pox berlaku. Ini kerana 3 daripada anak-anakku telah terkena dengan campak ini. Naiknya melembung macam melecur dan kemudian pecah dan seterusnya jadi kudis. Mula-mula selepas chinese New Year 4.2.2011 Afif yang kena dulu, kemudian Alif dan sekarang kakak Yasmin, pula. Hai seronokla mereka kerana tak payah ke sekolah. Yang risau Ibu bagaimana la nak cover  pelajaran nanti.

Campak sekarang, pergi klinik dapat ubat antibiotik cepat la kering. Ingat dulu masa zaman aku kat Matrikulasi masa dapat campak (aku dapat bila dah besar umur 18 tahun). Kena balik kampung. Mak buat berbedak la. Cari daun bambu la. Tapi sekarang kat KL bila anak-anak dah kena mana nak cari semua tu ya. Hanya bergantung kepada ubatan moden sahaja.

Aku ingin berkongsi maklumat berkenaan campak dari  http://taqidoc.com/blog/tag/chicken-pox/. Maklumat di sini dapat memberi aku pengetahuan serba sedikit berkenaan chicken pox.  Harap-harap anak-anakku cepat sembuah.