Thursday, August 12, 2010

Hari 1 Puasa 2010

Bila melihat blog yang sunyi sepi terasa nak update. Lantas ibu mengambil kesempatan memulakan azam sempena puasa untuk menjadi penulis blog yang aktif. Bukanlah blog apa-apa pun cuma diari harianku sahaja.

Pertama puasa, tak sempat nak ambil gambar menu berbuka puasa. Balik dari office dah 5.30pm. Dengan jem teramat sampai jugak kat rumah lebih kurang pukul 6 pm. Hari pertama tahun ni aku masak tak de beli2. Menu pertama gulai kuning ikan aya (style kelantan) Goreng sayur kubis dan sambal belacan buah mangga. Emm sedap juga. Selera semua makan. Hari ni adik humaira puasa tapi bibik cakap selalu buka peti ais. Nak buat apa tak tau la pulak. O ya nak makan buah melaka katanya. Kesian tengok anak berpuasa ibu buat juga buah melaka untuk anak-anak.

Kalau boleh aku berazam untuk jadikan puasa tahun ini puasa yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Amin.

No comments: